JoM cLick! ^^

Betty

A Famosa Resort (1) Aidiladha (1) aidilfitri (13) alamanda (6) anak (8) anak buah (2) artis (1) arwah mak (1) Ayam Penyet AP (1) Ayam Penyet Ria (1) Ayam Penyet Wong Solo (2) Azam Baru (1) baby (2) bagan lalang (1) Baju nikah (1) bbq (1) bedak dan minyak itam (1) berbuka puasa (3) Berkebun (1) bersalin (1) betty (28) birthday (8) bola (1) bola sepak (1) bosh baik (2) breastfeeding (1) budak-budak (1) Buds produk (1) Buka puasa (2) bumi (1) cheese cake (1) chicken pox (1) chipmunk (1) cibiuk (1) cinta (12) citypark S2 (1) contest (6) cousin (1) debab (35) diet (1) dikjue (1) dugaan (3) dunia (1) durian (3) e-day (4) e-day member (1) eczema (1) eksiden (2) fahim (1) family (16) feeling (3) floria putrajaya 2012 (1) food (28) game (1) garden (1) Garden lifestyle store and cafe (1) gegaran (1) gempa (1) geng opis (3) geng praktikal (1) guess (2) hadiah (1) handbag (1) hantaran (1) happy (13) Happy New Year (1) Hari Raya (7) Hari Raya Aidiladha (3) harimau malaya (1) heppy (4) holiday (10) Home sweet home (1) Honeymoon (2) i-city shah alam (1) Iftar (5) ikea (1) jalan jem (2) jalan-jalan (4) Jalan2 (1) jamban (1) jamuan raye (1) janda baik (1) Jasmin Indah (2) jusco (1) kahwin (1) kahwin abg (2) kampung (5) kaoke (1) karipap (1) kawan (4) kedai makan (7) Kedai Rakyat 1 Malaysia (1) kenangan (1) kenduri (2) kenny (1) kerja (1) Kuching (2) kucing (1) kursus (1) Langkawi (4) lepaking (1) Lepas kahwin (3) Lepas kawen (4) lesen (1) LH Creative (1) Majlisakikahfahim (1) mak sedara (3) makan (16) makan pree (1) Manhattan Fish Market (1) McD (2) meatball ikea (1) melaka (5) member dsk (7) menu berbuka (1) merisik (1) mi kari (1) miri (3) miri. merisik abg sahar (1) monday blues (1) morib (1) Muhammad Ammar Fahim (15) n9futbol (1) Nasi Arab Yamani (1) ofis (2) Open House (1) opis (7) Padi House Putrajaya (1) pahang (1) pecah umah (1) pengasuh (2) penyamun (1) piala malaysia (2) pizza (1) Poly PD (1) Port Dickson (2) Pre-Wedding Zahiril Adzim dan Shera Aiyob (1) preparation wedding abg (4) Pujie kawen (1) pujie masak (6) putrajaya (1) rabbit (1) Ramadhan (14) resepi (2) resepi simple (2) result spm (1) Rimba Klasik Bangi (1) Roti Telur Cheese (1) rumah (2) sarawak (3) sedih (2) selamat berpuasa (1) Selepas kahwin (2) selipar (1) Senawang (1) sepupu (3) serawa pulut durian (1) sg.tekala (1) shopink (3) sotong goreng kunyit (1) suami isteri (1) sugar glider (22) sukan sea (1) sushi king (3) syukur (1) tag (6) tahniah (1) Tahun Baru (1) Taman Jasmin Indah (1) Taman Wetland (1) tanaman (1) taska (1) Taska Fahim (1) team building (2) tempat makan (2) Times Square (1) tunang (6) uitm (1) unblock me (1) wallet (1) wedding (10) wedding abg sahar (4) weeding (3) weekend (8) weeknd (1) ziarah kubur (1)

Thursday, March 10, 2011

Sugar Glider..

Copy dari bharian yang nie..hehe..juz share =) sy akan tertarik klu pasal sugar glider..hoho


Buah hati Freeze
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my
2011/02/05


MANJANYA bukan kepalang apabila melihat gelagat si bujang ini dengan ‘buah hatinya’. Max, Micro, Mike, Melissa, Momo, Morta, Melvyn dan Melvys, begitulah antara nama-nama spesies tupai sugar glider milik Muhammad Hafiz Hilmi. Jom kongsi keseronokan bersamanya...

DALAM leka, terbit juga rasa kagum melihat kemesraan Muhammad Hafiz bersama 17 ekor sugar glider yang setiap satu daripadanya memiliki karektor dan keistimewaannya tersendiri. Malah, si bujang berusia 24 tahun ini boleh ralit berjam-jam apabila menghabiskan masa bersama si manja pujaan hatinya. Begitulah mesranya ikatan antara tuan punya sugar glider yang mula dipelihara pada 2006. Bermula dengan empat ekor induk, siapa sangka sehingga kini Muhammad Hafiz atau lebih mesra disapa Freeze sudah mampu membiakkan beberapa keturunan daripada spesies tupai yang banyak didapati di Australia, Papua New Guinea dan Irian Jaya, Indonesia itu.


Ketika bertandang di rumah keluarga Freeze di Manjalara, Kepong Selangor, terkesima juga dibuatnya apabila terdapat beberapa kandang besar yang ditempatkan khas di pintu masuk kediamannya. Bersama teman rapatnya, Shauqi Che Omar, masing-masing dilihat cukup penyayang setiap kali bermesra dengan si comel peliharaan. Sesekali sengaja dilepaskan sugar glider berlari laju di belakang bahu.

“Memang asyik melihat gelagat sugar slider ini walaupun umumnya haiwan ini hanya aktif pada waktu malam. Tetapi, lihatlah aktifnya Max, Mike dan Momo yang tetap aktif waktu siang.

“Gelagat mereka inilah yang membuatkan saya bertambah sayang dan keberatan juga untuk menjualnya,” katanya Freeze yang turut mengamalkan konsep keluarga angkat kepada sesiapa yang berminat memelihara haiwan berkenaan.
Melihatkan kemesraan Freeze dengan haiwan eksotik berkenaan, siapa sangka dia sanggup membawa beberapa ekor sugar di tempat kerja kerana sukakan gelagat si comel itu yang tidak banyak meragam.

Kebiasaannya, kata Freeze haiwan itu tidak aktif pada waktu siang membuatkan senang untuk menguruskannya dan hanya menempatkan di dalam kantung khas.

“Apabila di tempat kerja, haiwan ini seolah-olah faham dan tidak banyak meragam kecuali hanya duduk di dalam kantung khas. Cuma, sesekali sugar glider ini akan keluar apabila tiba waktu makan. Saat memberi makan dan melihat gelagatnya itulah detik yang paling menyeronokkan,” katanya yang tidak menolak membuka sebuah kedai menjual haiwan peliharaan satu hari nanti.

Mahu lebih banyak rahsia sugar glider? Jom ikuti kisah Freeze...


Bagaimana boleh timbul minat memelihara sugar glider?

Saya tertarik melihat aksi sugar glider ini di internet membuatkan terdetik rasa untuk memelihara. Lantas, saya terus membeli empat ekor awalnya pada 2006. Tidak seperti tikus hamster, sugar glider lebih bijak dan boleh dijinakkan menjadikan hobi ini lebih bermakna.

Mengapa memilih sugar glider sedangkan banyak lagi haiwan eksotik lain yang mungkin lebih mencabar?

Kalau hendak tahu sebelum ini pun saya pernah memelihara ular jenis cornsnake, landak dan kucing. Tetapi, banyak alasan seperti ibu tidak sukakan ular dan saya pula ada asma menyebabkan tidak boleh membela kucing. Lantas, sugar glider yang paling sesuai dan mudah.

Apa keistimewaan haiwan ini sehingga anda begitu teruja memeliharanya?

Haiwan ini bijak dan tidak banyak meragam. Kalau hamster lebih banyak menghabiskan masa di dalam kandang dan tidak mesra, sugar glider boleh dijinakkan terutama kalau kita memelihara daripada kecil. Gelagatnya juga cukup menghiburkan dan kalau kita bernasib baik memang boleh membiakkan sugar glider.

Tidak sukarkah dari segi penjagaan serta pemakanan?

Selain gemar memakan buah pear, baby carrot, saderi dan buah-buahan manis, perlu juga memberikan makanan tambahan berupa yogurt yang baik untuk kesihatannya. Rasanya tidak sukar dari segi penjagaan, malah bonus pada kita kalau dapat membiakkannya.

Bercakap soal pembiakan, berapa kerap haiwan ini boleh membiak?

Kalau kena pada cara penjagaan serta pasangan bersesuaian, haiwan ini boleh bunting tiga kali setahun di mana setiap satu kandungan boleh melahirkan dua ekor sugar glider. Uniknya sugar glider, kalau kita hendak tahu jantan atau betina, yang betina mempunyai kantung poket seperti mana kangaru. Anak sugar glider yang baru lahir memang akan masuk di dalam kantung ibunya untuk menyusu.

Sejauh mana akrabnya anda dengan si comel ini?

Bukan setakat membawa beberapa ekor sugar glider ke pejabat, saya juga sesekali membawa sugar glider di pusat beli belah. Kalau tidak meletakkan di dalam kocek pakaian, sengaja juga membiarkan haiwan ini merayap di sekitar bahu. Gelagatnya memang pantas mencuri perhatian. Apa yang membuatkan orang geram, sugar glider spesies yang jinak dan mudah mesra.

Adakah kelibat anda dengan sugar glider pantas mencuri perhatian terutama kepada wanita?

Memanglah haiwan ini mencuri perhatian dan ramai yang ingin memegang dan bergambar sama terutama kalau dibawa ke pusat beli belah. Untung-untung ada yang berkenan! (tergelak)

Tidakkah takut haiwan ini boleh menggigit?

Untungnya haiwan ini memang kenal tuannya dan kalau kita mesra tidak ada masalah untuk menguruskannya. Spesies ini hanya akan menggigit untuk mempertahankan diri dan kawasan.

Tidak terfikirkah untuk mengkomersialkan perniagaan serta menjual sugar glider?

Memang saya ada menjalankan urus niaga tetapi tidaklah sampai peringkat menguntungkan. Saya lebih kepada program keluarga angkat di mana saya memberikan hak penjagaan kepada yang berminat tetapi saya juga boleh sesekali melawat haiwan ini. Soal harga boleh dirunding. Menyentuh mengenai komersial pula, entah siapa tahu satu hari saya boleh membuka sebuah kedai menjual haiwan peliharaan eksotik?

Ceritakan pula sedikit sebanyak perihal diri anda?

Saya baru saja ditawarkan bertugas sebagai jurutera sistem dan rangkaian di HP awal bulan ini selepas berkhidmat di Maxis. Saya anak sulung daripada tiga beradik.


Kisah ular cornsnake

KALAU sudah namanya hobi, apa saja sanggup dilakukan semata-mata mahu memuaskan hati sendiri. Hal yang sama dilakukan Freeze yang gemar memelihara haiwan eksotik walaupun dia terpaksa merahsiakan minatnya itu daripada pengetahuan ibu sendiri.

Biarpun ibunya sudah arif soal minatnya membela sejenis tupai jenis sugar glider, itu tidak bermakna kesemua jenis haiwan eksotik mampu diterima ibunya. Mengenangkan faktor itulah, Freeze tidak membuka cerita yang dia sudah membeli sejenis ular daripada spesies cornsnake.

“Mujurlah ketika itu saya menetap di asrama semasa menuntut di Universiti Multimedia (MMU), menyebabkan saya jarang-jarang pulang ke rumah. Kalau pun pulang ke rumah, saya pula menetapkan syarat supaya ibu tidak memasuki ke bilik.

“Nasib baik dia pun akur dan tidak pula menjenguk saya ke bilik, kalau tidak entah apalah terjadi ketika itu,” kata Freeze tergelak.

Meskipun agak lama menyimpan rahsia membela ular cornsnake daripada pengetahuan ibu termasuk berpakat dengan anggota keluarga lain, Freeze akhirnya akur apabila bapanya menceritakan perkara sebenar kerana mereka berdua kebetulan ingin ke Langkawi, Kedah.

Bimbang keselamatan ibunya di rumah dengan ular kesayangan, menyebabkan bapanya tiada pilihan melainkan memberi tahu adanya ular cornsnake di dalam bilik Freeze.

“Lagilah ibu menjerit kerana sudah tahu perkara sebenar. Tidak lama selepas itu, saya menjual ular ini kerana tidak mahu ibu bimbang.

“Tetapi kalau mengenang kembali kisah ketika memelihara ular ini, memang menyeronokkan sekali. Bukan saja kerana tempoh berahsia dengan ibu tetapi gelagat ular ini juga cukup menggembirakan saya,” katanya yang membeli ular eksotik itu pada harga RM400 sebelum menjualnya semula pada harga RM700.

Bercerita lanjut mengenai kenangan memelihara ular cornsnake, Freeze berkata, tidak sukar sebenarnya menjaga ular terutama dari segi kos makanan dan perubatan yang tidak membebankan.

“Bukan perlu memberi makan setiap hari, tikus atau potongan ayam boleh diberikan lima hari atau seminggu sekali,” katanya mengenangkan pengalaman lebih setahun membela haiwan eksotik berkenaan.

PROFIL

Nama: Muhammad Hafiz Hilmi
Umur: 24 tahun
Tarikh lahir: 28 November 1986
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Tinggi: 175 sentimeter
Berat: 77 kilogram
Emel: apis_sagara@yahoo.com
Blog: http://awesomesugarglider.blogspot.com/

8 comments:

  1. dlu yg along maya punye namenye kiki...dah mati..gemok sgt..along suke bg die mkn ayam..smpai kiki tu ade penyakit ape tah..ke psl kolestrol..aahhahah

    ReplyDelete
  2. maya : mati sebab obes erk?? haah sg ley mati klu sbb obes jgk..tuh kne jge diet dy..tp betty ak tuh buah da xske sgt klu da bg mealworm..gisau den klu xsehat..ermm

    ReplyDelete
  3. tatin : tuh la..bnyk gilo dy bela an..takot t'pijak yo klu ramai2 neh..hoho..

    ReplyDelete
  4. kat ne nak beli sugar glider??
    nak sangat bela binatang yg cute ney..

    ReplyDelete
  5. comey nyaa teringin nak bela

    ReplyDelete
  6. miss almas : beli kt pets shop ada..try g tengok2..comelkn dy.. =)

    reyna : comellkannn..bela la hihi =)

    ReplyDelete
  7. Hi .. ada yg berminat dngan sugar glider ? saya ada sepasang sg yg comel untuk Dijual .. Call / Sms 017 - 3444402

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...